Keluarga Noramfaizul Mohd Nor

Jenazah selamat sampai di Subang pada 4 September 2011 dengan kapal terbang RMAF C-130. Anggota rombongan seramai 54 orang turut mengiringi, termasuk Datuk Abdul Azeez.Solat jenazah diadakann di Masjid Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi. Kemudian dibawa ke Masjid Al-Islah, Serdang.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serdang, berhampiran pintu masuk UPM.[5] Turut hadir ialah Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong.

Isterinya Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Mereka tinggal di Taman Serdang Raya, Serdang, Selangor. Isterinya berasal dari Johor dan eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.Bapanya Mohd Nor Mat Yassin (66) Ibunya Naemah Abdul Majid (63) menyatakan bahawa kenduri doa selamat akan diadakan.[6]

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu kebajikan dan persekolahan keluarga Noramfaizul .[7]

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah memendekkan lawatannya ke Perth, Australia dan tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang bagi menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul.[8] Najib tidak mahu tuding menuding antara satu sama lain. Kawasan konflik seperti Mesir, Libya dan Gaza memang berbahaya kepada wartawan.

Rujukan

WikiPedia: Noramfaizul Mohd Nor http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?... http://malaysiakini.com/news/174761 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jenazah... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perbela... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Semanga... http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-14771821 https://www.thestar.com.my/news/nation/2011/10/09/...